Contoh istihsan Istihsan

Berikut adalah beberapa kes contoh penggunaan istihsann:

  • Abu Hanifah menyatakan bahawa jika seseorang termakan semasa berpuasa, dia patut ganti puasa tersebut[petikan diperlukan] - namun hukum termakan dialihkan kepada tidak batal kerana ada hadis daripada Abu Hurairah serta sebuah ayat Quran yang mengatakan puasa tersebut tidak batal.[8][9][10]
  • Berdasarkan kias, kontrak pengilangan adalah haram jika dikenakan bayaran awal sebelum penghasilan - namun ia dialihkan kepada mubah/harus mengikut ijmak.
  • Berdasarkan kias, wuduk patut dilakukan dengan air suci dan mutlak maka perigi yang telah dimasuki kotoran atau bangkai dikira tidak boleh dibuat wuduk. Namun kedaruratan mengharuskannya dan membenar gunakan air tersebut, setelah dibersihkan dengan sewajarnya dan sebaik mungkin.